Iman dan Ilmu Menjana Kecemerlangan
Km 2, Jalan Meranti, 17000 Pasir Mas, Kelantan Darul Naim — di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
SMK Kubang Bemban mula ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai sebuah sekolah kawalan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Sekolah ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran pada ketika itu, dan sekali gus dijadikan sekolah angkat menteri pelajaran.
Pada awal penubuhannya, seramai 172 orang pelajar mendaftar di sekolah ini. Bilangan pelajar terus meningkat dari setahun ke setahun, dan kini SMK Kubang Bemban menempatkan lebih 900 orang pelajar dengan barisan hampir 80 orang guru, menjadikannya antara sekolah menengah utama di daerah Pasir Mas.
Terletak di kawasan luar bandar di Km 2 Jalan Meranti, sekolah ini terus komited melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum, selaras dengan motonya — Iman dan Ilmu Menjana Kecemerlangan.
| Nama penuh | Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban |
|---|---|
| Kod sekolah | DEA3428 |
| Alamat | Km 2, Jalan Meranti, 17000 Pasir Mas, Kelantan |
| Telefon / Faks | 09-792 2650 |
| PPD | Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas |
| Peringkat | Sekolah Menengah Kebangsaan (Tingkatan 1 hingga 5) |
| Lokasi | Luar bandar |
| Sesi | Pagi |
Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera.
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Iman dan Ilmu Menjana Kecemerlangan.
Lebih banyak foto dan video terkini boleh diikuti menerusi Facebook rasmi sekolah dan Instagram @qbemzhood.
Bekas pelajar SMK Kubang Bemban dijemput menyertai pertubuhan alumni rasmi sekolah (PPM-020-03-18082026). Daftar keahlian, dapatkan sijil keahlian dan kekal terhubung dengan keluarga besar Qbemz.